Waspada sekiranya anak anda terlalu memilih makanan sehingga enggan makan sayur dan buah buahan
Seorang remaja lelaki 17 tahun dapati hilang penglihatan selepas mengalami kekurangan zat makanan yang serius akibat hanya mengamalkan diet piringles, kentang goreng, daging proses, roti putih.
Masalah remaja tersebut telah dikesan pada umur 14 tahun kerana kerap keletihan.Doktor telah menasihatkan beliau untuk menukar diet yang lebih sihat. Namun mangsa masih terus dengan rutin pemakanan yang sama.
Malangnya,pada usia 15 tahun, beliau mula kehilangan pendengaran dan masalah mata. Pada umur 17 tahun, remaja tersebut telah disahkan buta.
Puncanya? Akibat langsung tidak makan buah dan sayuran, beliau mengalami masalah kekurangan zat vitamin dan mineral yang serius dan masalah ini dikenali sebagai nutritional optic neuropathy.
Kes yang berlaku di UK ini yang telah diterbitkan oleh Jurnal Annals of Internal Medicine.
Bertegaslah dengan anak untuk soal pemakanan, kes ini boleh dijadikan oengajaran buat semua
No comments:
Post a Comment