SELAMAT DATANG KE BLOG PERTANDINGAN HARI PENGGUNA 2019

Thursday, March 28, 2019

Mengapa Kita Perlu Menurunkan Berat Badan?




Obesiti atau berat badan yang berlebihan adalah satu penyakit kronik yang boleh membawa kepada pelbagai implikasi buruk pada kesihatan kita. Masaalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia amat dipandang serius oleh kerajaan dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam telah mengesa rakyat agar mengamalkan cara hidup yang sihat dan mengekang obesiti. Menurut Datuk Seri Dr S.Subramaniam lagi, pada 1996, kadar obesiti di negara ini adalah pada kadar 44.4 peratus namun ia meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.
                                                                                          
                                                                                                [Sumber: Utusan Malaysia, 29/03/2014].

Mengapa Kita Perlu Menurunkan Berat Badan?

Rasanya semua orang tahu yang berat badan berlebihan atau obesiti atau kegemukkan ini membawa kepada pelbagai penyakit yang merbahaya kepada kita semua. Jika ia tidak di atasi dan tiada usaha-usaha dijalankan bagi menurunkan berat badan, maka kita akan terdedah pada resiko penyakit-penyakit yang berikut:-
  1. Penyakit jantung koronari
  2. Kegagalan jantung
  3. Gout
  4. Tekanan darah tinggi (hypertension)
  5. Cerebrovascular disease
  6. Osteoarthritis
  7. Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
  8. Diabetes Mellitus
  9. Metabolic syndrome
  10. Sleep apnoea
  11. Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
                                                                                           [Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia]

No comments:

Post a Comment