SELAMAT DATANG KE BLOG PERTANDINGAN HARI PENGGUNA 2019

Thursday, March 28, 2019

Antara penyakit yang mengancam orang gemuk.



1. Sakit bahagian sendi.

Contohnya lutut.
Orang gemuk lebih berisiko menghadapi masalah sakit lutut.
Dan selalunya mereka akan mendapat nasihat dari doktor untuk menguruskan berat badan mereka kerana ia merupakan faktor utama sakit lutut.



2. Kolestrol tinggi,Tekanan darah tinggi, serangan jantung dan juga angin ahmar(stroke).

Kegemukan juga akan menyebabkan kolestrol tinggi.
Bila kolestrol semakin meningkat,lemak semakin banyak.Lemak akan menyebabkan saluran darah semakin sempit dan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi.
Lama-kelamaan akan menyebabkan serangan jantung sebab saluran darah dibahagian jantung tersumbat.
Bila terjadinya kes saluran darah tersumbat ini,dibahagian otak pula ianya akan menyebabkan kes angin ahmar ataupun stroke.

3. Diabetes

Kegemukan akan menyebabkan diabetes.Bagaimana ianya berlaku?
Bila badan penuh dengan lemak,ia akan menyebabkan sel badan anda menentang insulin.
Insulin berperanan sebagai kunci untuk membukakan pintu sel anda supaya gula dalam darah dapat memasuki ke sel badan anda dan menghasilkan tenaga.
Tapi..bagi mereka yang obesiti selalunya sel badan akan menentang insulin.
Jadi,lama-kelamaan gula dalam darah akan meningkat dan menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis ataupun diabetes.

4. Gangguan tidur

Kegemukan juga akan menyebabkan gangguan tidur "sleep apnea" iaitu satu keadaan dimana nafas terhenti secara tiba2 ketika tidur.

5. Kesuburan.

Kegemukan juga akan menjadi salah satu punca anda kurang subur.
Obesiti boleh mengganggu hormon dalam badan dan menyebabkan proses ovulasi(penghasilan telur) terganggu atau tiada ovulasi langsung. Kitaran haid juga akan terganggu.

6. Kegemukan juga akan menyebabkan anda mengalami kemurungan,nak berjalan pun susah dan juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

No comments:

Post a Comment