8 TABIAT TENGAH MALAM YANG MENJADI
PUNCA GEMUK
Mungkin punca gemuk anda bukan disebabkan anda
terlalu banyak makan benda yang berlemak atau manisan. Sebaliknya, cuba periksa
tabiat waktu tengah malam ini.
1. TIDUR TAK TERATUR
Tahukah anda, tidur anda tak teratur atau tak cukup
tidur, ia akan menjejaskan kadar metabolisme tubuh. Sebuah kajian dilaporkan
melalui laman web kesihatan Health24 bahawa
masa tidur yang konsisten dikaitkan dengan kurangnya lemak dalam tubuh.
Menurut laporan dalam jurnal tersebut juga, kita
patut cuba mengekalkan waktu bangun tidur yang sama setiap hari sekalipun
tidak dapat masuk tidur pada waktu yang sama kerana ia berkait rapat dengan
kebolehan tubuh untuk mengekalkan berat badan yang ideal.
2. MENGAMBIL MAKANAN BERAT PADA WAKTU MALAM
Sesetengah orang kurang menitikberatkan pemakanan
pada waktu siang kerana sibuk bekerja dan mengalami kekangan masa atas
sebab-sebab tertentu. Maka, mereka cenderung untuk memakan hidangan yang lebih
besar pada waktu makan malam. Jadi, tak hairanlah begitu banyak restoran 24 jam
yang menghidangkan pelbagai makanan berat seperti nasi lemak, roti canai, dan
nasi kandar.
Tabiat ini adalah salah satu punca gemuk kerana
anda kurang beraktiviti lagi selepas selesai makan malam. Maka, ia
menyebabkan pencernaan anda
kurang efisyen.
3. TERUS TIDUR SELEPAS MAKAN MALAM
Salah satu lagi punca gemuk yang sering dilakukan
adalah makan
malam terlalu lewat hingga hampir dengan waktu tidur. Tabiat ini
menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari. Seelok-eloknya,
anda disarankan untuk mengambil makan malam sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 jam
sebelum aktu tidur anda.
4. SNEK TENGAH MALAM ATAU ‘SUPPER’
Sekali-sekala, tidak salah untuk anda mengunyah
snek atau ‘supper’ selepas
waktu makan malam. Namun, elakkan ia daripada menjadi kebiasaan. Jika terasa
lapar, makanlah makanan yang kurang berkalori seperti salad buah-buahan.
Ini kerana makanan yang diambil pada waktu malam
akan memberi tenaga kepada anda sehingga menyebabkan anda sukar untuk tidur
awal. Selain itu, jika anda makan makanan seperti biskut, roti manis, coklat,
dan kek, makanan ini mengandungi terlalu banyak kandungan gula yang
diproses dan perlu dibakar secepat mungkin.
5. ‘SKIP’ MAKAN MALAM
Ingatkan ‘skip’ makan malam boleh
menjadikan anda kurus? Fikir semula.
Apabila anda tidak mengambil makan malam,
metabolisme tubuh akan menjadi lebih perlahan.
Di samping itu, tabiat ‘skip’ makan malam
boleh menjejaskan
emosi seseorang dan akan menjadikan anda lebih lapar pada
keesokan harinya. Akibatnya, kita cenderung untuk makan lebih banyak.
6. MINUM KOPI
Kopi atau sebarang minuman berkafein seperti
sesetengah soda yang diambil pada waktu malam adalah amat buruk untuk kesihatan
anda. Selain menyebabkan tidur anda terganggu, ia juga mengandungi banyak
kalori.
Oleh itu, minumlah air kosong pada
waktu malam supaya anda dapat menjadikan fungsi badan lebih efisyen. Jika
teringin meminum minuman manis, pilihlah jus buah-buahan segar tanpa gula atau
susu suam.
7. MENGGUNAKAN GAJET SEBELUM TIDUR
Menurut kajian yang
dilaporkan melalui Daily
Mail, lampu biru yang dihasilkan oleh peranti ini boleh menjejaskan
kesihatan serta mengganggu tidur anda. Penelitian mendapati lampu biru tersebut
dapat menjadikan seseorang berasa lapar seawal 15 minit selepas terdedah
kepada lampu biru tersebut.
Oleh itu, elakkan menggunakan gajet dalam jangka
masa 1 jam sebelum tidur. Bukan itu saja, pengkaji yang terlibat dalam
eksprimen tersebut menekankan supaya kita tidak lagi mengecas handphone
atau sebarang gajet dalam bilik tidur.
Sebaiknya, tutup semua lampu dan tidurlah dalam
keadaan gelap. Keadaan ini akan membantu anda mendapat tidur yang nyenyak dan
berkualiti.
8. TIDUR LEWAT
Tidur lewat akan mengganggu corak tidur dan
aktiviti harian anda setiap hari. Ia juga boleh menjadi punca gemuk kerana
kitaran tubuh anda berlaku bertentangan dengan cara semulajadi di mana ia patut
berehat.
Menurut Pakar Perunding Kanak-kanak, Pusat
Perubatan KPJ Damansara, Dr.Mohammad
Iqbal Mohammad Sarwar menerusi sebuah akhbar, tidur lewat adalah punca
gemuk kerana perut cenderung berasa lapar akibat berjaga.
Apabila mengambil makanan berat pada waktu tengah
malam, tubuh pula akan kepenatan kerana organ-organ pencernaan dipaksa bekerja
dan tidak mendapat rehat yang secukupnya sepanjang malam.
Kredit : https://siraplimau.com
No comments:
Post a Comment