Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu
mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan
rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh
pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar
lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan obese
apabila lebihan lemak sebanyak 35%.
Obesiti boleh di ukur menggunakan
penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah
indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian. Formula
adalah seperti tertera: BMI = Weight (kg) / Height² (m) ² Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan dalam kilogram dan ukuran ketinggian di dalam meter.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2
atau lebih sebagai obes. Sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat
badan berlebihan (6). Walau bagaimana pun risiko untuk mendapat
penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk Asia berlaku pada tahap BMI
yang lebih rendah dari skala yang telah dinyatakan. Penduduk Asia
mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat
barat pada skala BMI yang sama.
No comments:
Post a Comment