SELAMAT DATANG KE BLOG PERTANDINGAN HARI PENGGUNA 2019

Thursday, March 28, 2019

Mengapa Kita Perlu Menurunkan Berat Badan?




Obesiti atau berat badan yang berlebihan adalah satu penyakit kronik yang boleh membawa kepada pelbagai implikasi buruk pada kesihatan kita. Masaalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia amat dipandang serius oleh kerajaan dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam telah mengesa rakyat agar mengamalkan cara hidup yang sihat dan mengekang obesiti. Menurut Datuk Seri Dr S.Subramaniam lagi, pada 1996, kadar obesiti di negara ini adalah pada kadar 44.4 peratus namun ia meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.
                                                                                          
                                                                                                [Sumber: Utusan Malaysia, 29/03/2014].

Bagaimana Perut Buncit Berlaku?



Apa kena mengena makan kat tv dengan perut buncit? Tak logik langsung kan? Ke Korang salah sorang? Kalau betul korang dinasihatkan jauhi habit itu kerana ianya bakal mengundang masalah kegemukan & perut buncit. Ianya adalah perkara normal & menjadi habit bagi sesetengah individu makan nasi sambil menonton cerita kesukaan.

Antara penyakit yang mengancam orang gemuk.



1. Sakit bahagian sendi.

Contohnya lutut.
Orang gemuk lebih berisiko menghadapi masalah sakit lutut.
Dan selalunya mereka akan mendapat nasihat dari doktor untuk menguruskan berat badan mereka kerana ia merupakan faktor utama sakit lutut.

Statistik



Statistik di Malaysia melalui National Health Morbidity Survey yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan 14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggara 

Klasifikasi Kegemukan (Obesiti)




Thursday, March 21, 2019

Punca Obesiti?



APAKAH PUNCA OBESITI?
  • Genetic atau keturunan - gaya pemakan keluarga yang tidak mementingkan kesihatan
  • Amalan pemakanan tidak sihat (contoh):-

  • Kurang aktiviti senaman
  • Pengambilan ubat-ubatan       


Saturday, March 16, 2019

7 Amalan Pemakanan Yang Paling Mudah Menyebabkan Gemuk




Kegemukan atau obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Biasanya ia terjadi tanpa disedari oleh seseorang individu akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Obesiti terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi berlebihan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan juga mengakibatkan penyakit strok.

Friday, March 15, 2019

Langkah Pencegahan dan Cara Mengatasi Obesiti


Bak kata pepatah,’Mencegah adalah lebih baik dari merawat’. Pernyataan ini adalah penting untuk semua masalah kesihatan. Amalan menangani masalah obesiti bukan sahaja dapat mengurangkan risiko anda mendapat masalah kesihatan yang berkait dengan obesiti seperti diabetes mellitus dan darah tinggi tetapi turut dapat memupuk tabiat gaya hidup yang sihat dalam kalangan rakyatMalaysia. Konsep ini harus diperkenalkan dan dipraktikkan dalam rutin harian kita kerana masalah obesiti di Malaysia makin teruk.

Langkah pencegahan dan rawatan obesiti mempunyai konsep yang sama dengan amalan gaya hidup sihat. Perubahan gaya hidup termasuk pemakanan, stres, pemantauan sendiri, senaman dan mengurangkan aktiviti pasif. Langkah mengatasi obesiti boleh dibahagikan mengikut umur, contohnya bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Definasi


Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. 

Kegemukan (Obesiti)



Kegemukan (Obesiti) 

Kegemukan atau obesiti (perkataan obesiti akan digunakan seterusnya) adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes (1, 2).